Jangan jadi terlalu ’sweet?

Hafizd_skidresistance_058 Jangan terlalu baik,
saya akan merindui awak
Jangan terlalu mengambil berat,
saya mungkin menyukai awak
Jangan jadi terlalu ’sweet?
saya mungkin jatuh hati kepada awak.

Hafizd_skidresistance_017
Seseorang yang membuatkan kita jatuh
hati padanya
sebenarnya menyayangi kita lebih
daripada kita menyayangi dia.
Jika seseorang yang hadir dalam hidup
kita dan menjadi sebahagian daripada
hidup kita, tetapi atas sebab-sebab
tertentu dia terpaksa pergi, jangan
terlalu sedih…terimalah kenyataan itu
dan sekurang-kurannya dia pernah
membahagiakan kita. Masa akan menentukan
segala-galanya.
Jika dia ditakdirkan bersama kita, dia
akan kembali.
Kembali pada kamu.

Hafizd_skidresistance_067
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah
apabila risiko yang tidak kita ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu tidak
akan membuatkan anda bahagia, maka
teruskan. Ingatlah bahawa kita akan
melalui semua ini hanya sekali, mungkin
tiada peluang kedua. Bererti masa tidak
menunggu kita. Jika anda merasakan anda
telah bertemu dengan orang yang sesuai,
maka hargailah dia, jangan biarkan ia
berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh
kerana takut kelak jika dibiarkan
berlalu maka anda akan menyesal sebgitu
sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada
orang yang sengaja membiarkan peluang
pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk
mendapatkannya atau mempertahankan. Kita
selalunya tidak menghargai seseorang
yang hampir atau menyayangi kita
sehingga dia pergi meninggalkan kita.
Terdapat bintang di langit tetapi hanya
satu sahaja yang begitu menyerlah
sehingga dapat menarik perhatian anda.
Dari kalangan yang anda pilih untuk
diabaikan ialah sebutir bintang yang
sanggup menyinari anda walau di mana
anda berada. Ini bermakna orang yang
bersama anda ketika ini mungkin bukanlah
orang yang benar-benar anda sayangi dan
pada masa yang lain ada orang yang tahu
dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi
masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai
walaupun akhirnya anda akan kecewa
daripada tidak mahu mencintai kerana
takut risiko atau cabaran yang bakal
mendatang.
Jangan putus asa apabila terdapat
saingan dalam percintaan. Adalah lebih
baik untuk anda mencubanya, anda mungkin
akan kehilangan orang yang anda sayangi
selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati
anda kepada orang yang anda sayangi dan
cintai. Beritahu mereka dan biarkan
mereka buat keputusan di pihak mereka.
Salah satu perkara yang paling indah
dalam hidup ialah memberitahu kepada
orang yang anda sayangi betapa penting
dan istimewanya mereka kepada anda. Anda
akan rasa lebih yakin dan puas.

Malah, anda juga kan rasa bangga
terhadap diri anda kerana telah
menunaikan tanggungjawab anda terhadap
perasaan dan hati anda.
Jangan sesekali mengkhianati hati anda
kerana akibatnya hanya anda yang
sengsara, bukan orang lain.
Salah satu cabaran yang paling sukar
dalam hidup ialah mencari orang yang
tahu segala kelemahan dan kekurangan
diri anda, tetapi ia masih sanggup
menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur
dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan
dan kekurangan anda dan masih sanggup
bersama anda dan lebih menyayangi anda,
maka anda adalah orang yang paling
bertuah kerana ada seseorang yang
mencintai anda seadanya anda. Mencintai
dan dicintai perlukan keberanian.
Keberanian untuk terus mengekalkan rasa
cintai itu. Seterusnya diikuti dengan
perasaan keikhlasan untuk menerima orang
yang kita cintai seada mereka walaupun
dari hari ke sehari manusia sentiasa
berubah.

Setelah di tatapi dan diteliti aku nie
tidak layak disayangi dan dikasihi. Tapi
kenapa orang di sekeliling aku tidak
pernah memahami mengenai diri yang cukup
serik dan melangkah ke alam dewasa.
Sesekali pun aku tidak salahkan takdir.
Kerana takdir menjadikan aku hidup
dengan berpandukan pengalaman. Tapi tak
semua orang yang memahami segala-galanya
mengenaiku. Susah jika kita jadi terlalu
baik.
Adakah perlu untuk aku menjadi satu dari
titik hitam pengalaman seseorang?!…

thanks to the person that created this…

Leave a Reply